Donut Rangup di Luar Gebu Didalam

Aku rasa hampir setahun jugakla aku cari resepi donut yang sedap dan jadi. Tanya sana tanya sini, google sana google sini. Try and error ni berpuluh kali. Sebab anak-anak aku suka makan donut.
Last aku dapat resepi ni yang aku rasa gila mudah dan hasilnya mabeles. Sebelum ni resepi kemain buh susu bagai. Jadi memang jadi tapi isi dia padat. Tak best.


Tips pertama untuk donut menjadi ialah yis. Yis kena bagi hidup. Dan yis kena bancuh dalam air suam panas dulu. Kalau kau terus boh dalam tepung ada kemungkinan doh kau takkan kembang-kembang dah. Jadilah donut bantat. Haha.


Kalau yis kau dah hidup jangan bimbang dah bab doh. Kut mana pun mesti donut kau kembang tanpa dapat diganggu gugat lagi.


Tips kedua ialah sabar. Sabar tunggu yis hidup dan sabar tunggu doh naik.


Kalau bising tak jadi tu mestilah salah satu tips ni kau tak ikut. Takyah salahkan yis tak hidup ka apa.


Oleh kerana ramai yang bukan reti pun buat donut maka aku bagi resepi dengan sukatan. Tadak la gram-gram. Sukat guna cawan sudahh.




Bahan-bahan


3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.

1 peket yis

1 cawan ayaq suam yang panas

3 sudu besar susu pekat

4 sudu besar gula

1/2 sudu teh garam

3 sudu besar mentega cair.

Sebijik teloq

Memula masuk gula dengan susu pekat dalam ayaq suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama kau biaq dia berbuih lagi senang kembang donut kau. I loike.


Dalam bekas lain, pukul sebijik teloq. Pukul tak payah la sampai kembang. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau.


Bila dah berbuih yis tu, campur mentega teloq tu masuk dalam yis. Kacau.


Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan.


Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Aku memula kacau guna chopstik. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah.


Pastu bentuk kan la ikut suka. Aku buat donutball sebab anak-anak aku senang nak makan. Lagipun adunan ni lembik. Lecey la nak canai terap.


Lepas bentuk rehatkan lagi barang 5-10 minit.


Goreng api sederhana. Jgn panas satgi donut kau rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.



Macam ni yis hidup. Selagi tak berbuih jangan gatai nak campoq dalam tepung. 






Dah siap uli. 



Seleoas 45 minit doh naik sekali ganda. Best time ni  tumbuk ditengah-tengah kepus dia pecah tenggelam macam belon  




Satu adunan ni dapat 35 biji donutball. Ni besaq duit 20sen lama  tapi bila dah rehat dia naik lagi. Bila goreng pun dia naik lagi. 



Ni hasilnya dah lepas goreng. Kegebuan dia kat dalam macam roti lembut omg sedap gila. Ada dalam instagram  aku plak video tu. 

Kbai.