gulai ikan temenung oghang kedah!

banyak kali orang tanya aku camna nak buat kari ikan.

ok, la ni mai nak perturun ilmu

pada aku kari ikan yang best ialah yang bila lepas makan, hang pi basuh tangan sampai  habis sebuku sabun pun, tangan hang masih bau lagi kari tu

kari ikan yang best ialah yang pecah minyak

kari ikan yang best ialah yang warna dia merah, bukan oren!

kari ikan yang best ialah rasa dia masam-masam

kalau setakat buat kari ikan cam orang kampung yang pemalas tu, memang la senang...haha!

ok

sebab hari ni aku rajin, so aku tunjuk step by step camna nak buat..pada aku kalau hang orang kedah tapi tak reti buat kari ikan tak payah la mengaku orang kedah! hahahaha!



ni untuk tumis mula-mula

bawang merah, bawang putih, halba campuq dengan daun kari (ni aku panggey daun karapole..hahaha.. keling sikit!)





bawang putih dengan bawang merah, tumbuk lumat, campuq dengan rempah kari peket! kahkakahkaha! nak terbaik, guna rempah kari ikan cap O ... dia tu memang asal orang jitra..dah jadi jutawan dah pun! jutawan rempah!


mengkala nama kari ikan, harus lah kena ada ikan..ikan temenung / kembung ni memang makanan wajib orang kedah..aku pun tak tau pasepa..hahaha!


benda-benda sampingan dalam gulai ikan..buleh gak la nak guna benda laen pun, tapi aku wajib bendi dengan tomato! tomato is heaven, beli 3 bijik, buat gulai sebijik, 2 bijik lagi ratah! mungkin sebab itu aku gebu!


masuk minyak pastu tumis sampai wangi dan garing ! peraturan nombor wahid kalau nak masak gulai, bawang-bawang tumis wajib wangi dan garing! kalau tak garing, tak jadi! nak masak jangan gopoh, dan api tu jangan kuat sangat, jangan pelan sangat. rileks saja tunggu dia garing semua..


bila dah garing, masuk rempah bancuh tadi..rempah pun kena bagi garing, wangi dan pecah minyak. kalau duk warna oren lagi tu namanya gulai tak jadi! hahaha!

lepas tu masuk santan, masuk asam jawa sesudu, dengan garam biaq bagi mendidih dulu..jangan tak mendidih hang dah pi buh ikan!

bila dah mendidih, masuk ikan dengan kacang bendi dengan cili hidup...bila dah agak-agak kacang bendi empuk, baru masuk tomato..dalam 3 minit camtu buleh la tutup api!

gulai yang jadi ialah gulai yang macam ni!



nampak warnanya merah lah makngah??????


pergh gila rajin aku upload gambaq-gambaq...ketahuilah hari ini HARI RAJIN CHEF RYE!