doh :
3 cawan tepung gandum
satu sudu besar yis segera (mauripan)
satu sudu besar gula
setengah sudu besar garam
3 sudu besar minyak zaitun
air suam
cara buat
campur semua, uli sampai jadi doh, biaq sejam kat tempat yang panas, cover doh dengan plastik
sos topping
minyak zaiton
setengah tin tomato puree heinz
serbuk lada hitam satu sudu besar
bawang besar cincang
garam secukup rasa
thyme
basil
cara buat
tumis bawang besar sampai wangi, masuk tomato puree, masuk garam secukup rasa, masuk lada hitam, thyme dengan basil..masak sampai pekat.
topping atas
daging cincang (goreng dulu)
crab sticks
prawn balls
frankfurter daging
bawang besar
capsicum merah dengan kuning
nenas dalam tin
sukahati benda apa ada dalam peti ais korang!
bila doh dah kembang, canai dan letakkan dalam loyang, loyang tu sapu dengan minyak zaiton
pastu sapu sos topping bagi rata-rata doh
lapis dengan cheese (ok aku guna cheddar keping saja woh, tadak plak mozarella kat kedai kat rumah ni ha!)
pastu tabur daging, segala balls balls tu, frankfurter
tabur lagi segala capsicum, nenas, bawang besar
pastu lapik lagi dengan cheese kat atas
masuk oven yang dah panas
200 darjah celcius - 35 minit lebih kurang
ni hasilnya, sila menjadi gemuk!