telur solah terbungkus telur sauki terbarai

rupanya nak buat telo bungkus ni susah. maksud aku nak bungkus telo tu sementelah aku memang selalu fail bila nak mengalih telo dadar ni. tapi oleh kerana born with gift by god, ecewah percubaan kali kedua memang maveles!


bahan

bawang putih cincang
bawang besar cincang
cauliflower dadu halus
carrot dadu halus
daging cincang atau dadu je suka hati la
cili merah hiris nipis
kiub stok lembu
sos cili
kicap
sos tiram
minyak yang sedikit ok? sebab kang nanti berminyak sangat tak best


tumis bawang putih dengan bawang besar sampai naik bau, masuk daging bila keluar air daging masuk sos cili, kicap dengan sos tiram, pastu masuk kiub, masuk carrot, cauliflower dengan cili tu masak sampai empuk. aku tak suggest kau masuk garam sebab kiub lembu dah cukup perasanya tapi kalau korang stok mentedarah garam sehari sebukit, lantak la.


telo 4 biji (ni boleh buat 2 telo dadar)

pukul laju-laju

buat dadar then masuk inti pastu lipat.

 sauki



solah