masak lemak cili padi daging salai, sayur bayam tumis & ikan kembung goreng


hari ni MrBoss tak keluaq pi kerja

memang selalu hari Jumaat dia camtu

petang baru dia keluaq

hari ni aku bizi la sket..masak awai sebab MrBoss nak pi sembahyang jumaat..

tadi pagi MrBoss pi kuala dengan Affan tunggu orang naek ikan baru. Dia bawak balik ikan kembung (orang kedah panggey ikan temenung) dengan siput lala... siput lala tu aku simpan dulu sebab dah beli bayam..

hari ni aku buat masak lemak cili api daging salai dengan rebung, goreng ikan kembung dengan sayur bayam tumis

let's cekidaut :)




daging digaramkunyitkan





salai atas pan saja..
huhu..kuning-kuning tu aku letak marjerin bagi tak melekat dan baw pun wangi...






bila dah masak dia jadi macam neh la..pastu hiris..ketebalan ikut suka






bahan-bahan laen serai, kunyit hidup, asam keping, cili api & daun kunyit.

kunyit hidup, cili api tumbuk or blend, lepas tu rebus dengan air sampai cili masak, masuk asam keping dengan serai..rebus sampai cili masak...





then masuk rebung...tengok, pandai tak aku hiris rebung? ada cara taw!!! *kembang lubang hidung*





pastu masuklah santan dan garam..kacau jangan biar pecah minyak





ikan baru naek..
lihat matanya bersinar umpama kejora..
orang kl jangan jeles..mana bleh cari ikan fresh cam ni di Giant, otey?

mengikut kertas siasatan, merujuk pengesahan kematian, ikan ni baru habis nyawa pada pukul 9.30 pagi dan pada pukul 11.30pagi sudah selamat aku bedah siasat.

punca kematian -kurang oxigen!





sayur bayam - jom jadi popeye!!!





bawang putih cincang then tumis, bila dah baw wangi, masuk udang,
then masuk tauhu dan air





bila dah mendidih, masuk bayam dan garam..am~am~am~





masak lemak cili api daging salai dan rebung...walla!





lunch menu pada hari Jumaat ini..

JOM MAMAM?