MEE KARI
macam biasa - bahan nak buat kari
bawang merah, bawang putih dan halia blend sekali, bunga lawang, bunga cengkih dengan kulit kayu manis ..bawang separuh tumis dengan bunga2 bagai tadi tu..
serai simpan dulu..
fishball dan fishcake yang banyak sekali - sila jangan kedekut..sendiri maw makan pun kedekut,kah?
kerang yang sudah direbus, boleh gak letak ayam or udang
ikut selera masing-masing ler
rempah kari daging, campur dengan bawang blend tadi
tumis bahan tumis
kacau supaya tidak hangit, ya puan puan
then masuk rempah, tumis sampai garing!
sementara tunggu rempah garing, aku membedah siasat sayur-sayuran
bila rempah dah garing, masuk santan, serai, fishball, fishcake, kerang dan garam
biar mendidih
mee kuning celur
sayur-sayur tadi dah siap dicelur..
bawang goreng dan cili potong -
aku terlupa daun sup & daun bawang tapi xpa lah, dah letih woh!
TADAAA!!!
mee kari yang telah siap dicampur tunggu masuk ke dalam perut tukang masaknya..