nasi tomato, dalca, ayam cili & acar timun

NASI TOMATO BERSAMA DALCA AYAM, AYAM CILI DAN ACAR TIMUN!!!!





mula-mula susu cair diperah jus limau nipis - cara gampang untuk membuat tairu -
biar sampai susu berketul-ketul





bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia
(blender semua, bawang besar hiris nipis)





kacang dal, rebus dengan minyak dan serbuk kunyit





ayam digoreng 3/4 masak





sayur-sayuran untuk dalca - sebelum disembelih





sayur-sayuran untuk dalca - selepas disembelih





serai, daun kari, halia, bawang besar, bunga lawang & bunga cengkih untuk ayam cili





tumis sampai bau wangi





masuk cili pes - tumis garing, masuk kicap, gula, garam, madu, ayam dan cuka sikit





rempah campur bawang blender, tumis sampai garing, masuk kacang dal, ayam, santan, dan sayur




sementara tunggu ayam cili dan dalca pecah minyak, aku buat acar timun..mudah je hiris bawang besar, cili merah dengan timun, gaul dengan gula dan cuka..garam sikit, siap! simpan dalam peti sejuk





ni bahan-bahan untuk tumis nasi pulak - bawang blender tadi, bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis, pelaga & daun pandan




jangan lupa tomato puree.....





selepas tumis semua, masuk beras, masuk air, masuk susu masam -kacau rata..




masuk tomato puree, daun pandan dan garam secukup rasa, biar mendidih,
then pindah masuk rice cooker





tadaaaaa!! ayam cili dah siap!!





dalca juga sudah siappp!!!!





nasi jua sudah hampir kering...




SIAP! JOM MAMAM!



by RYEANNA