LONTONG - hidangan utama krismasku. kau mampu makan lontong masa raya krismas?

hello. selamat hari krismas. menu krismas rumah aku hari ni ialah lontong. ya, tahun ni tak masak turkey bagai sebab tema tahun ni ialah back to root. yakni sedar sedarlah diri bahawa diri tu melayu dan tak sambut krismas. kahkah.

ok first kalau nak mentedarah lontong kenalah ada nasik himpit. ni aku beli yang kecik kecik mudah kerja aku. rebus ikut arahan peket. aku rebus sejam setengah. kalau kau orang nak masuk garam pun buleh kot. nak masuk gula kicap sos cili racun tikus pun tadak hal. citarasa masing masing. tepuk dada tanya selera.

tapi aku tak masuk apa-apa sebab aku jenis best.

ini ketupat nasik aku. wangi. sebab ada bau tiruan. mintak-mintak dia tak letak bahan kimia.



untuk kuah lodeh pulak

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar jintan besar
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering

semua ni tumbuk lumat. aku punya tak lumat sangat pasai aku malas.




tempe
serai
lengkuas
carrot
terung
sengkuang
kacang panjang
ubi kentang
foo chuk
su un
santan cair
santan pekat


foo chuk dengan su un rendam dulu.



panas minyak,
tumis awas tumbuk tadi sampai naik bau.
masuk serai dengan lengkuas.
tuang santan cair
masuk semua sayur dengan tempe dan foo chuk dengan su un. agak dah empuk, masuk santan pekat. masuk garam dengan serbuk perasa.


makan dengan kuah kacang dan sambal tumis ikan bilis.



sekian. merry christmas. tetiba. kahkah.