som som

som som ni bukan lompat tikam. som som ni rasa dia macam kepala putih tepung talam. or tepung bungkus yang dalam inti nyoq manis tu.


bahan

1 cawan tepung jagung
5 cawan santan ok senang cerita macam ni. beli sekotak santan kara ka cap ayam ka bancuh dengan 5 cawan ayaq. tu cara aku buat.
garam secukup rasa. garam kalau kurang memang tak sedap la sebab tak lemak


secawan gula merah
2 cawan air
daun pandan simpul


bancuh tepung jagung dengan 5 cawan santan tu, masuk garam. jerang atas api perlahan. kacau jangan tinggal. masak sampai kental pastu  bia membuak-buak macam kawan gunung berapi tu, sila transfer ke dalam loyang. biaq sampai sejuk dan keras.

ayaq gula masak semua gula merah dengan ayaq dengan daun pandan. dah larut, tapis.