laksa (rebus sampai lembut, tos, bilas dengan air sejuk. kalau tak bilas nanti laksa cepat basi)
ikan kembung/ikan tamban (rebus dengan asam keping dan garam sikit)
buang tulang, tumbuk isi ok aku tak rajin la sangat, aku blender ja semua pastu tapis haha.
bawang merah,
cili kering (ikut suka banyak mana. nak pedas buh la banyak. kawan aku dia gila pedas dia masuk cabai melaka (cili api) )
velachan (tak laksa kalau takdak velachan)
tiga benda ni tumbuk. ok sebab aku pemalas, aku tumbuk bawang dengan velachan, tak lumat sebab aku suka bawang pecah-pecah. cili kering aku rebus then aku blend saja. pastu rebus dengan asam keping bagi masak sikit sebelum tuang isi ikan. asam keping banyak tak pa. hilang bau hanyir ikan dan memang laksa kedah dia rasa masam-masam sikit.
bila dah tuang isi ikan, masuk daun kesum dengan bunga kantan
pastu masuk garam dengan ajinomoto.
ulam laksa kedah ni kalau tak bubuh benda ni bukan laksa kedah namanya tapi oleh kerana aku kan duk tengah bandar mana nak tau tang mana nak cari daun-daun ni semua. takdak juai kat tesco. haha.
daun putat (see mana nak cari?)
daun janggus (lagi satu kat mana ada pokok janggus dah kat aloq staq ni?)
daun selom (ok yang ni kalau ada pun memang aku tak bubuh sebab aku tak suka bau dia macam lipas. haha)
bawang besaq
timun
cili padi
semua ni hiris halus.
tapi mak aku dia letak gak kacang panjang. sedap krup krap. pastu pakat-pakat sakit urat. dan juga teloq rebus kalau suka, dan yang paling penting limau nipis wajib. kalau tak masam tak best ok?
dan oleh kerana daun-daun tu payah nak cari, aku ganti ja dengan daun salad. daun salad jangan hiris halus sebab nanti tak sedap. pahit.
ni laksa aku tadi. see ulam aku 3 benda ya. bawang, timun dengan daun salad. redhooooo. hahaha.