cucur ayam beratjuboq atau dalam bahasa illuminatinya lazyass ciken naget

ciken naget untuk mak mak yang penyegan tapi sedap lebih lagi dari ciken naget mekdi. siyes.


isi ayam
bawang putih
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam
ajinomoto kalau suka. aku punya lada hitam dengan lada putih memang tajuk ajinomoto punya so tak payah letak dah.
mayonis
roti gardenia buh masuk toaster, pulas nombor 3. pastu grind bagi halus.
teloq

ok sapa rasa dia nak pedas buleh masuk serbuk paprika. ataupun nak rasa ala-ala tomyam buleh buh tomyam paste sikit, nak rasa oriental boleh tukaq dari daging ayam ke daging babi. haahhahahaah! ok abaikan. saja buat lawak keji.




oleh kerana aku ni bukan ada food processor ka hapa, kan maka aku blend ja masuk grinder.


isi ayam grind sekali dengan bawang putih. aku letak 3 bijik. bila dah smooth jadi paste, masuk lada hitam dengan lada sulah dengan mayonis, garam.





kacau sebati. pukul teloq sikit.

panas minyak sederhana (ayam aku tak jadi sederhana pasai ada manusia pepandai duk ekjas api stove aku. manusia mana? manusia yang baru kenai dunia aku duk dalam rumah basuh tangan. dia kat luaq duk ekjas api stove aku. wajib aku hantaq pi sekolah dah.)

bentuk ikut suka, celup teloq, cover dengan serbuk roti. goreng.





siap.

buleh la dip dengan mayo ka, sos cili ka, garam belacan ka. ikut suka tekak memasing.