Ok. Oleh kerana aku sorang ja yang makan maka aku buat banyak dan simpan dalam tapawe. Masak cuka ni lagi simpan lagi sedap oh bebeh bawang dia jadi krupkrap i like.
Ok mudah saja resepi ni
ikan (goreng garamkunyit)
Halba campoq secamca besaq
cuka
ayaq sikit
bawang merah belah dua
bawang putih belah dua
halia hiris panjang nipis nipis
cabai melaka/cabai hidup
lepas goreng ikan, angkat ikan tu guna minyak goreng tu jugak ( anggaran 2-3 camca) tumis halba sampai naik bau, tuang cuka, masuk bawang halia dengan cabai, ayaq sikit, garam.
Siap.
10 ekoq simpan dalam tepawe sesuai untuk ibu mengandung 3 minggu yang duk melugai melugai. Dari melantak jeruk tak ingat dunia lebih baik makan nasik dengan ikan temenung masak cuka. syurga.