koleh kacang tak jadi. so tak payah la ikut.

up laju laju la. resepi cilok kat internet. kang nanti ada plak meroyan ingat aku tuduh dia curi resepi. pelik plak ayat aku. kahkah. lantak.

ok cara buat koleh kacang ialah

2 cawan santan pekat - masak api slow sampai jadi tahi minyak. ambik taik minyak tu, minyak tinggalkan dalam kuali


masak secawan gula merah, dua sudu gula pasir, secawan air dengan beberapa helai daun pandan sampai gula larut. then tapis, ambik secawan

sangai (cikpia, sangai is goreng tanpa minyak) secawan kacang hijau sampai kuning or bertukar warna la. kisar sampai halus, then ayak. kalau nak yang very fine la. aku tak suka, aku suka macam ada tekstur bijik bijik dalam mulut. baru stim

pastu bancuh tepung kacang hijau tu masuk dalam air gula, kacau sebati, masuk santan dua cawan. ni aku guna santan kotak. satu santan kotak dan secawan air.

bancuh semua sampai sebati tak ketul ketul

then tuang masuk dalam kuali yang ada minyak kelapa tadi tu. kacau sampai likat dan membuak buak camtu

then masuk loyang. biar sampai sejuk. tabur tahik minyak

siap. buleh makan dan bermegah-megah. aku punya tahik minyak is hangit. tapi pedulikan. janji sedap.


 tahik minyak sebelum hangit


tahi minyak selepas hangit. biasalah aku tinggal sat sebab anak nanges. bila cek tengok dah jadi maniam



 tak pa la buruk. janji sedap.